Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram peta

Instagram Umum Ciri Peta Baharu, Hampir Sama Seperti ‘Google Maps’

Diterbitkan Julai 21, 2022 oleh Nadiah Ab

Instagram mengesahkan fungsi peta Instagram baharu menyokong carian dan penapis (filter), membolehkan pengguna mencari restoran dan tempat menarik lain secara terus dalam aplikasi, dan bukannya hanya melihat tempat gambar disiarkan.

Peta yang dikemaskini juga menampilkan hantaran,Ā IG story, dan panduan yang ditandakan oleh pengguna, menawarkan gambaran sekilas tentang pemandangan setempat di mana-mana sahaja.

New map, who this? šŸŒšŸ—ŗļø

Now you can now find popular locations around you or filter by categories like cafes or beauty salons. pic.twitter.com/asQR4MfljC

— Instagram (@instagram) July 19, 2022

Ciri peta dari Instagram ini juga menyokong carianĀ hashtag dan menawarkan keupayaan untuk meneroka dengan mengetik lokasi yang ditanda dalamĀ feedĀ atauĀ story.

Pengguna juga boleh menaip nama pertubuhan, bandar, atau kejiranan terus ke dalam halamanĀ Explore dan melihat hasil pada peta.

Peta baharu ini turut membolehkan pengguna menyimpan carian mereka dalam koleksi dan berkongsi lokasi dengan pengguna lain juga.

Ini adalah salah satu lagi langkah dalam usaha Instagram untuk menjadiĀ one-stop bagi rangkaian sosial, perdagangan, percutian, dan sebagainya.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY