Instagram Uji Ciri Sentuhan Untuk Melayari Perkongsian Kenalan

Aplikasi perkongsian gambar dan video pendek popular, Instagram dikatakan sedang menguji ciri sentuhan yang mungkin menggantikan ciri tatalan bagi melihat setiap perkongsian pada garis masa.

Sepertimana yang diungkap daripada laporan Tech Crunch, sosial media terbabit telah mengesahkan perkara tersebut.



Jurucakap Instagram menyatakan kepada laman itu bahawa mereka sedang berusaha untuk menambahbaik pengalaman untuk pengguna ketika melayari aplikasi terbabit.

Ciri ini dilihat sama seperti cara kita melayari Instagram Stories dimana setiap kali mahu beralih perkongsian, kita perlu menyentuh pada skrin.

Buat masa sekarang ia hanya diuji pada tab Explore dan pihak Instagram belum ada lagi rancangan untuk melebarkannya ke bahagian perkongsian  utama.

Sumber: Tech Crunch dan  @JoshConstine

Sumber gambar utama: PC Mag