Instagram Uji Ciri Pengesahan Dwi Faktor Berasaskan Token

Instagram ketika ini menggunakan pengesahan dwi faktor berasaskan sistem pesanan ringkas (SMS). Ia lebih baik berbanding pengesahan faktor tunggal tetapi masih terdapat kerisauan jika pihak lain mempunyai akses jarak jauh kepada sistem mesej anda, dimana setiap SMS yang masuk boleh dicuri lihat.



Bagi meningkatkan lagi ciri keselamatan, Instagram dilaporkan sedang menguji satu ciri pengesahan baru berasaskan token. Ia lebih selamat kerana memerlukan akses secara fizikal.



Melalui Google Authenticator, ia akan menghasilkan token yang berlainan setiap minit dan ia akan digunakan sebagai pengesahan ketika mahu melog masuk akaun Instagram.

Ciri ini masih dalam peringkat ujian dan Instagram belum mengumumkan bila ia akan ditawarkan kepada pengguna.

Satu lagi ciri yang diperkenalkan adalah ciri membuang pengikut daripada senarai. Menerusi ciri itu, ia memudahkan anda untuk membuang pengikut dan ia tidak akan memberitahu pengguna tersebut. Walaubagaimanapun pengguna terbabit masih boleh mengikut anda dimana ia berbeza dari fungsi Block User.

Sumber: @wongmjane via GSMArena