Instagram, TikTok Dan Twitter Bersatu Menentang Penggodam

Penggodaman kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dan terbaru, Instagram menyekat beratus akaun yang dikaitkan dengan forum OGUsers dimana mereka dikatakan membeli dan menjual akau media sosial yang dicuri.

Tindakan undang-undang juga akan dibuat terhadap ahli profil tertinggi dalam forum tersebut sekiranya mereka masih terus menggunakan Instagram dan melanggar peraturannya.

Kira-kira 400 akaun media sosial yang dipercayai berharga bagi ahli forum yang berjual beli ini dilumpuhkan Instagram.

Kebiasaannya nama pengguna "OG" ini pendek dan unik. Malah, ia turut dijual dengan harga ribuan USD melalui forum seperti OGUsers.



Selain itu, disebabkan akaun yang berharga ini juga sering dijadikan sebagai serangan SIM-swapping iaitu teknik pertukaran SIM bagi mengawal nombor telefon mangsa.

Tambahan lagi, OGUsers ini turut melakukan gangguan serta peras ugut terhadap akaun yang dibeli atau dicuri ini.

Ini bukanlah kali pertama forum OGUsers berbuat demikian kerana sebelum ini mereka dikaitkan dengan serangan akaun Twitter tahun lalu yang mana scammer Bitcoin dapat akses akaun profil tertinggi dunia seperti Barack Obama dan Elon Musk.

Menurut wartawan keselamatan - Brian Krebs, selain Instagram, Twitter dan TikTok juga bertindak dalam menentang akaun yang berkaitan dengan OGUsers.

Sumber: motherboard via engadget