Instagram Kini Telah Mencecah 600 Juta Pengguna

Nampaknya Instagram telah berjaya untuk menundukkan pesaing rapat mereka di dalam dunia media sosial, Snapchat. Walaupun Instagram sendiri banyak 'meniru' fungsi yang diketengahkan oleh Snapchat seperti Stories, Bingkai gambar 3D dan sebagainya.

Aplikasi yang dimiliki oleh Facebook ini telah mencapai 600 juta pengguna sehingga hari ini. 100 juta pengguna telah mendaftar akaun Instagram dalam masa 6 bulan yang lepas. Ianya satu pencapaian yang sangat mengagumkan. Sebelum ini, aplikasi ini mengambil masa 9 bulan dari 400 juta ke 500 juta. Maknanya, semakin ramai pengguna Instagram tumbuh seperti cendawan selepas Instagram memperkenalkan fungsi 'Stories' awal tahun ini.

Instagram juga telah membawa penambahan lain beberapa bulan lepas seperti fungsi strim video secara langsung. Mereka juga menambah fungsi 'Bookmark' yang anda boleh lihat di kemudian hari.