Instagram Tambah Ciri Semak Akaun Yang Kerap Anda Lihat

Berdasarkan ciapan dari pihak Instagram di Twitter, kini Instagram telah menambah ciri baru yang membolehkan pengguna melihat akaun ''Most shown in feed'' dan ''Least interacted with'' di akaun Instagram mereka sendiri.

Dengan ciri ini, pengguna boleh mengurus notifikasi akaun pengikut atau mute akaun tersebut mengikut kehendak pengguna. Antara kebaikan ciri ini adalah dapat mendekatkan hubungan seseorang pengguna dengan pengikutnya.

https://twitter.com/instagram/status/1225479451183439872

Selain itu, satu lagi ciri baru yang ditambah oleh Instagram adalah pengguna boleh menyusun senarai pengikut mengikut date followed : latest atau date followed : earliest. Dengan ciri ini pengguna dapat mengetahui senarai pengikut melalui tarikh diikuti.

instagram

Berdasarkan pengalaman, pengguna perlu mengemaskini akaun Instagram jika mahukan ciri terbaru ini berada di akaun pengguna sendiri.