Instagram Stories Meraikan Ulang Tahun Pertama Mereka

Setahun lalu, Instagram telah memperkenalkan Stories dalam aplikasi mereka dan harini ini mereka telah menyambut ulang tahun pertama fungsi tersebut.

Sejak daripada itu, tempoh masa yang dihabiskan pengguna telah meningkat dengan pengguna berumur 25 tahun kebawah menghabiskan lebih 32 minit sehari secara purata di Instagram.

Pada bulan lepas sahaja, 50% bisnes di Instagram menggunakan fungsi Stories di profil mereka.

Instagram dikritik oleh peminat Snapchat kerana mencuri konsep yang sama seperti Snapchat dan kini Instagram Stories sudah pun mengatasi Snapchat.



Usaha Mark Zuckerberg untuk mengekang kemaraan Snapchat berhasil dan pengguna aktif di Snapchat sudah pun berkurangan.

Setahun lepas mungkin Snapchat diramal bakal menguasai platform media sosial sehinggakan Mark Zukerberg terpaksa berbuat sesuatu bagi mengekalkan takhta Facebook dan Instagram di atas.

Sumber