Nampaknya kini, platform perkongsian gambar itu memberi sedikit perubahan kepada fungsi Stories dimana setiap perkongsian yang dibuat melaluinya boleh disimpan melebihi tempoh yang ditetapakan sebelum ini.
Dengan kemaskini terbaru, dua ciri diperkenalkan oleh Instagram iaitu Stories Archive dan Stories Highlights.
Archive menawarkan fungsi mengarkib atau menyimpan Stories secara automatik untuk tontonan anda sahaja dan anda tidak lagi perlu menyimpannya didalam telefon. Stories yang sudah diarkibkan hanya boleh ditonton anda seorang sahaja.
Menerusi ciri Highlights, anda boleh mengumpulkan sejumlah Stories dan membolehkan pengikut yang lain menontonnya.
Ciri Highlights boleh diasingkan mengikut kategori ciptaan anda, menjadikannya lebih mudah ditonton pengikut. Untuk mencipta Stories Highlights, pergi ke bulatan "New" dan pilih mana-mana Stories dari arkib. Ia akan kekal sehinggalah pengguna memadamkannya sendiri.
Sumber: Instagram
Berkaitan
- Facebook, Instagram Dan WhatsApp Sedang Mengalami Masalah Bagi Pengguna Seluruh Dunia
- Facebook Uji Ciri Yang Menggabungkan Stories Dan News Feed
- Facebook Sedang Menguji Fungsi Yang Menggabungkan Notifikasi Dari Facebook, Messenger, Dan Instagram
- Instagram Akan Beritahu Siapa "Screenshot" Stories Anda
- Anda Kini Boleh Mengundi Di Instagram
- Pengguna Twitter Mahu Fungsi "Edit" Bukan "Stories"
- Huawei Dilarang Pra-Pasang Aplikasi Facebook, WhatsApp Dan Instagram Pada Peranti Terbaru
- Instagram Disahkan Punyai Kelemahan Sekuriti Yang Boleh Dedahkan Nombor Telefon Pengguna
- Instagram Uji Ciri Pengesahan Dwi Faktor Berasaskan Token
- WhatsApp, Facebook Dan Instagram Alami Masalah Akses