Instagram Stories Dan Status WhatsApp Mencecah 300 Juta Pengguna, 2X Ganda Dari Snapchat

Hari ini CEO Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan yang pengguna harian Instagram Stories dan Status WhatsApp telah mencapai sebanyak 300 juta pengguna. Jumlah tersebut telah mengatasi jumlah yang diperolehi oleh Snapchat hampir 2 kali ganda.

Angka tersebut sangat memberangsangkan kerana Instagram Stories hanya meniru idea asal yang dilakukan oleh Snapchat. Zuckerberg berkongsi angka tersebut pada semasa suku ke 3 Facebook yang mungkin mencapai rekod pulangan dan harga saham tertinggi organisasi tersebut walaupun mereka sedang berdepan dengan masalah campur tangan politik Rusia.



Zuckerberg menambah yang Facebook sedang melakukan usaha-usaha bagi mempertingkatkan keharmonian komuniti sekitar video. Dia juga memberi penjelasan yang kajian yang dibuat mendapati berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan di sosial media lebih memberi kesan baik kepada individu terseubt.

Instagram baru sahaja menambah satu lagi fungsi dalam Instagram Stories mereka iaitu Superzoom.

Sumber