Instagram Sedang Menguji Fungsi 'Follows You' Untuk Android

Nampaknya Instagram akan menambah fungsi 'follows you' yang membolehkan samada seseorang mengikuti  anda di sosial media tersebut. Fungsi terbaru ini sama seperti apa yang terdapat di dalam Twitter dan bertujuan utnuk memudahkan pemilik akaun untuk melihat siapa yang mengikuti anda tanpa perlu melihat senarai panjang pengikut anda.

Ia merupakan fungsi yang ringkas dan sepatutnya sudah lama ditambah ke sosial media tersebut. Bila fungsi ini akan menjadi fungsi rasmi masih belum diketahui tetapi pengguna boleh menarik nafas lega kerana fungsi ini sedang diuji sekarang ini dan akan menemui anda pada masa terdekat.

Sumber