Instagram Sedang Menguji Fungsi Baru Yang Dipanggil Type

Instagram sebuah media sosial menggunakan media seperti gambar sebagai bahasa pengantar utama kemudia menambah media berformat video kini sedang menguji fungsi terbaru yang diberi nama Type.

Ia membolehkan pengguna menggunakan pesanan berbentuk teks di dalam gambar mereka mahupun video. Fungsi ini boleh digunakan di dalam Stories dan sudah pun menemui pengguna di Jepun sejak bulan Disember tahun lepas.



Perkara ini dilaporkan oleh WABetaInfo dan mereka menjelaskan Type mempunyai 4 fonts yang boleh dipilih iaitu: Modern, Strong, Typewritter dan Neon. WABetaInfo juga menambah pihak Instagram juga sedang menguji fungsi berkenaan screenshot. Fungsi ini akan memberitahu pengguna jika ada pengguna lain yang 'screenshot' Stories mereka.

Ini merupakan berita buruk kepada mereka yang suka mengambil bahan daripada orang lain untuk tujuan tertentu.