Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook instagram

Instagram Sedang Disiasat Oleh EU Berkaitan Kendalian Data Pengguna Bawah Umur

Diterbitkan Oktober 21, 2020 oleh ariff bukhari

Laman sosial popular milik Facebook, Instagram kini sedang disiasat oleh pihak EU.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak Su­ruhanjaya Perlindungan Data Ireland (DPC) itu dibuat selepas dakwaan oleh seorang saintis data dari Amerika Syarikat bernama David Stier yang percaya bahawa lebih daripada 5 juta pengguna akaun Instagram bawah umur 18 tahun telah didedahkan.

Secara khususnya, pihak DCP sedang menyiasat 2 perkara terhadap Facebook dan Instagram. Pertama adalah bagaimana Facebook memproses data kanak-kanak di platfom Instagram. Kedua pula adalah berkaitan tetapan pada profail dan akaun pengguna kanak-kanak Instagram.

Sebelum ini dalam tahun 2019 lalu, David Stier telah mendedahkan kecacatan yang terdapat dalam platfom Instagram yang mana boleh menyebabkan data peribadi pengguna bawah umur terdedah kepada umum.

Berikutan siasatan yang dibuat ke atas mereka, pihak Instagram telah respon dan berkata mereka memberikan kerjasama kepada pihak penyiasat.

“We’ve always been clear that when people choose to set up a business account on Instagram, the contact information they shared would be publicly displayed. That’s very different to exposing people’s information. We’re in close contact with the IDPC and we’re cooperating with their inquiries,” Instagram.

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY