Instagram Perkenalkan "Layout", Ciri Menarik Terbaru Untuk Pengguna Tegar Stories

Pengguna boleh memuatkan sehingga 6 gambar sekaligus dalam satu paparan Stories.


Instagram hari ini telah melancarkan satu lagi ciri terbaru kepada pengguna akaun Instagram iaitu ciri Layout.

Layout secara khusus membolehkan pengguna Instagram yang gemar membuat hantaran di Stories Instagram memasukkan sehingga 6 foto sekaligus.



Terdapat 6 pilihan layout yang boleh digunakan pengguna bagi memasukkan foto-foto mereka ke dalam Stories iaitu dari 2, 3, 4 atau 6 foto.

Kapsyen: 6 Pilihan layout Stories Instagram.


Sekiranya anda masih belum menerima ciri terbaru ini dalam aplikasi Instagram anda, bolehlah anda mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi terbaru yang sudah pun dilepaskan pihak Instagram kepada semua pengguna.