Ikuti kami di media sosial

Berita

Instagram Perkenalkan Ciri ‘Restrict’ Pada Komen

ariff bukhari

Ditulis

pada

Ciri bagi menyembunyikan komen negatif dari dipaparkan.

Bagi menyekat lebih banyak hantaran komen-komen negatif kepada pengguna aplikasi sosial Instagram, pembangun Instagram telah memperkenalkan ciri terbaru yang dpanggil sebagai ‘Restrict‘.

Ciri tersebut membolehkan penggunanya menyembunyikan komen negatif yang ditinggalkan di bawah gambar terhadap individu yang membuat hantaran sesebuah komen.

Ciri Restrict boleh diakses menerusi tetapan di bahagian tab Privacy. Atau terus ke profil akaun yang meninggalkan komen yang menyakitkan hati anda menerusi Settings aplikasi Instagram.

Jadi apabila komen dari individu itu disembunyikan, ia  hanya boleh dilihat oleh si penghantarnya sahaja.

-- Iklan --

Tetapi jika anda ingin melihat komen tersebut, anda boleh sentuh pada ‘See Comment;’. Setiap komen dari akaun yang dihalang, anda tidak akan menerima sebarang pemberitahuan notifikasi.

Mesej yang dihantar terus dari individu itu pula secara automatik akan ke bahagian ‘Message Request’.

Walaupun anda ada membaca mesej tersebut, si penghantar pula tidak akan mengetahui bilakah anda ada membaca mesej yang dihantar mereka itu atau bila anda sedang aktif di laman Instagram.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular