Instagram Mungkin Pisahkan Fungsi Direct Message Dari Aplikasi Utama, Tampilkan Aplikasi "Direct"

Direct Message merupakan fungsi di dalam aplikasi Instagram yang mana melaluinya, pengguna dapat menghantar pesanan teks, kandungan media dan lain-lain.

Terbaru, Instagram dikhabarkan sedang menguji sebuah aplikasi baru yang dipanggil Direct dan ia dilihat bakal menggantikan fungsi pemesejan sedia ada dalam aplikasi utama.

Ada sesetengah pihak berpendapat, ia seakan-akan meniru Snapchat yang terlebih dahulu menggunakan konsep ini pada aplikasi mereka.

Ia dikatakan meniru Snapchat apabila aplikasi Direct dibuka, antaramuka pertama adalah kamera, ia memudahkan pengguna untuk terus mengambil gambar atau merakam video dan langsung dihantar kepada kenalan.

Buat masa sekarang, aplikasi Direct hanya ditawarkan untuk platform Android dan iOS di enam buah negara yakni, Chile, Italy, Portugal, Turki, Uruguay dan Israel. Apabila aplikasi direct itu sudah dipasang pada telefon pengguna, fungsi Direct Message pada aplikasi utama akan hilang.

Walaupun ia dipisahkan menjadi dua aplikasi, Instagram menyertakan ia dengan ciri yang mudah untuk bertukar-tukar. Seperti contoh, apabila sapuan kekiri dibuat dalam aplikasi Direct, ia akan membawa pengguna ke aplikasi Instagram.



Pada aplikasi utama pula, jika pengguna membuat sapuan kekanan, akses ke aplikasi Direct pula akan terpapar. Pengalaman penggunaan masih ibarat satu aplikasi sahaja.

Dengan pengenalan aplikasi Direct ini, Facebook memiliki 3 buah aplikasi pemesejan iaitu Messenger bagi Facebook dan juga WhatsApp.

Tidak dinyatakan bila ia akan ditawarkan kepada umum.

Sumber: The Verge