Instagram Menambah Beberapa Fungsi Yang Pasti Akan Menceriakan Hidup Anda

Instagram jika diperhatikan kebelakangan ini semakin mengambil serius tentang kes buli dan gangguan di ruang komen. Sebelum ini Instagram telah menambah kebolehan untuk pengguna 'filter' atau 'block' beberapa komen yang dirasakan tidak sesuai. Ciri ini hanya boleh diekses kepada golongan pengguna eksklusif sahaja seperti artis dan 'public figure'. Hari ini, Instagram memberi peluang kepada semua pengguna dan orang awam.  Semasa anda mahu 'post' gambar anda di Instagram, anda perlu pergi ke menu "advanced setting" dimana anda boleh menutup ruang komen untuk gambar tersebut. Langkah ini sama seperti YouTube dimana ada sesetengah pengguna yang tidak mahu dikomen dengan membuka fungsi 'disable comment'.

Selain daripada itu, aplikasi ini juga membolehkan anda membuat repot tentang kemungkinan kemalangan seperti bunuh diri misalnya. Instagram memanggil kes ini sebagai 'self-injury' dimana jika anda ternampak rakan anda berkemungkinan mencederakan diri mereka sendiri, anda boleh membuat laporan terus kepada pihak Instagram dengan fungsi 'flag'. Instagram mendakwa mereka menyediakan servis 24 jam untuk menghubungi pengguna tersebut dan menawarkan pertolongan. Tidak pasti sejauh mana keberkesanan fungsi ini. Ditakuti fungsi ini akan disalahguna untuk tujuan yang tidak elok.

instagram_

Yang terakhir sekali ditumpukan kepada pengguna 'private account' dimana anda perlu 'approve' pengikut anda untuk mereka melihat gambar anda di Instagram seperti biasa. Kini anda boleh membuang terus pengikut yang tidak disukai dari senarai 'follower' anda. Sebelum ini anda terpaksa menggunakan cara yang agak keras dengan fungsi 'block'. Pihak Instagram memberitahu pengikut yang telah dibuang itu tidak akan menerima sebarang notifikasi.

Instagram nampaknya benar-benar menitik beratkan tentang isu 'abuse' dan mereka memberitahu mereka mahu jadikan Instagram ini bebas dari gangguan dan bersih dari ancaman atau kecelakaan. Selepas ini anda tidak akan nampak lagi komen berunsur lucah dan tidak senonoh terutamanya di akaun golongan artis yang kebiasaanya penuh dengan unsur bebaur lucah dan rasis. Anda juga tidak akan nampak lagi komen iklan produk kurus dan kecantikan di Instagram. Fungsi ini bakal ditampilkan dalam masa yang terdekat ini.

Cerialah hidup kita selepas ini.