Instagram Membawa 'Sensitive Post' Dan Pengesahan 2-Faktor Kepada Pengguna

Instagram adalah antara komuniti meriah di dalam dunia sosial media di luar sana. Namun terdapat juga kes pembulian siber, dan 'cyber stalking'. Instagram menyedari perkara ini dan berusaha untuk membuat platform ini lebih selamat dan cuba memperkenalkan beberapa mekanisma untuk ke arah tersebut. Antaranya ialah pengesahan 2-faktor, skrin untuk menutup 'post' yang sensitif, dan satu laman diamana anda boleh melihat semua 'tool' yang boleh membuat anda berasa lebih selamat di Instagram.

Apabila anda mengemaskini aplikasi, anda boleh melihat sesetengah 'post' dilindungi skrin 'cover'. Mungkin mereka telah mengikuti panduan dari Instagram, tetapi seseorang di dalam komuniti melaporkan 'post' itu dan 'review team' menganggap ia sebagai sensitif. 'Post' itu masih boleh dilihat dengan menekan butang 'reveal' jika anda merasakan tiada masalah berkenaan 'post' itu.

i.img

Untuk pengesahan 2-faktor pula, pengguna boleh melakukannya jika berasa mereka perlu mendapat lebih perlindungan. Anda perlu untuk memasukkan kod setiap kali anda hendak log masuk ke dalam akaun anda. Fungsi ini boleh diaktifkan di bahagian 'setting' akaun masing-masing. Untuk mekanisma lain yang terdapat di dalam Instagram, anda boleh lawati laman instagram-together.com supaya anda boleh melihat pilihan lain bagi melindungi akaun anda dari elemen yang menggugat penggunaan anda di Instagram.

i.img

25 dan 26 Mac merupakan hari istimewa kepada pengguna Instagram bagi sesetengah lokasi kerana mereka akan menyambut 'World InstaMeet 15'. Ribuan pengguna terpilih bagi berkumpul dan berjumpa pengguna lain di dalam komuniti.

Sumber