Instagram Memasukkan Efek Bokeh Di Dalam Fungsi Kamera

Fungsi yang diberi nama Focus itu membolehkan pengguna untuk memfokuskan subjek di dalam gambar atau video seterusnya mengkaburkan latar belakang subjek. Fungsi ini dihadirkan untuk kamera hadapan dan juga belakang dan juga boleh dikirim melalui Instagram Direct atau Story. 



Malangnya, fungsi Focus hanya boleh didapati untuk aplikasi di dalam peranti iPhone SE, 6S, 6S+, 7, 7+, 8, 8+ dan juga X. Untuk sistem operasi Android pula, hanya sesetengah peranti yang boleh menggunakan fungsi ini buat masa ini.

Fungsi terbaru ini akan boleh didapati di dalam aplikasi Instagram versi terbaru yang boleh dimuat turun di Apple App Store dan juga Google Play.



Instagram juga mengeluarkan sticker @mention yang baru untuk sistem operasi iOS bagi memudahkan pengguna untuk berhubung dengan rakan mereka di dalam fungsi Story.

Untuk maklumat lanjut mengenai fungsi baru yang ditawarkan oleh Instagram, sila lawati Instagram Help Centre.