Instagram Masih Belum Berminat Membangunkan Aplikasi Instagram Untuk iPad

Sehingga kini tiada aplikasi rasmi Instagram untuk platfom iPad.


Selepas hadir di platfom telefon pintar Android dan iPhone, sehingga kini masih belum ada lagi aplikasi rasmi Instagram ditawarkan untuk platfom iPad.

Menurut CEO Instagram, Adam Mosseri, Instagram untuk iPad masih dalam perancangan mereka. Walaubagaimanapun ia masih belum menjadi keutamaan mereka setakat ini.

Ia dijelaskan menerusi Instagram Story beliau baru-baru ini.

"We'd like to build an iPad app, but we only have so many people and lots to do, and it hasn't bubbled up as the next best thing to do yet" Adam Mosseri.

Instagram bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini. Secara tepatnya adalah pada 6 Oktober 2020 nanti.

Instagram mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna aktif setiap bulan. Ia juga berada di tangga ke-5 sebagai aplikasi bukan permainan paling popular di dunia selepas WhatsApp, TikTok, Facebook dan Messenger.

Sumber: PCMag