Instagram Live Kini Boleh Ditonton Melalui Web

Sedikit demi sedikit Instagram mula membawakan fungsi dari peranti pintar ke platform web mereka. Sebelum ini pengguna sudah boleh mula melakukan fungsi DM dari web dan hari ini Instagram menambah satu lagi fungsi iaitu Instagram Live pula.

Jika pada peranti pintar, ruangan komen akan menghalang subjek ketika Instagram Live, pada web pula ia lebih kemas kerana untuk bahagian komen tersebut ia diletakkan secara berasingan.

Namun buat masa ini pengguna masih belum boleh memulakan penstriman terus dari web, hanya boleh menontonnya sahaja. Jadi, ia tidak boleh digunakan sebagai aplikasi persidangan video seperti Zoom ataupun Skype.