Instagram Lancar Fungsi Caption Warning Untuk Halang Komen Berbaur Negatif

Tiada siapa yang mahu dibuli. Instagram kini mengambil langkah untuk memastikan perkara itu tidak berlaku pada platform tersebut. Kini, mereka telah melancarkan fungsi Caption Warning secara global untuk membasmi masalah mulut-mulut busuk sesetengah pengguna Instagram.

Fungsi ini telah diuji oleh pihak Instagram awal tahun ini. Melalui Caption Warning, Instagram akan mengesan jika terdapat unsur-unsur jahat pada komen seperti 'you're stupid'. Jika ada pengguna yang menulis komen sedemikian, mereka akan mendapat notifikasi “This caption looks similar to others that have been reported”.

Namun, Instagram tidak menghalang jika pengguna tetap ingin berkongsi komen negatif. Cuma, mereka memberi peringatan dan amaran jika pengguna mahu berbuat demikian.

 

Langkah ini dilaporkan mendapat sambutan baik dalam kalangan penggiat kempen anti-buli. Sebelum ini, pihak Instagram telah menyembunyikan bilangan 'Like' untuk tujuan menghilangkan keresahan dan stres kepada pengguna yang mengutamakan bilangan Like berbanding kandungan post tersebut.

Sumber: The Telegraph, iNews