Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Kini Perkenal Pesaing TikTok

Instagram Kini Perkenal Pesaing TikTok

Diterbitkan Ogos 5, 2020 oleh Helmi Samsuri

Seminggu dua ini, antara topik yang hangat diperkatakan dalam dunia teknologi adalah berkaitan tentang TikTok. Dari laporan rancangan Amerika Syarikat mahu mengharamkan aplikasi itu sehinggalah kepada laporan mengenai Microsoft berminat untuk mengambil alih TikTok di Amerika Syarikat.

Instagram Kini Perkenal Pesaing TikTok

Terbaru, Instagram kini mengumumkan sebuah ciri yang dilihat akan bersaing dengan TikTok dikenali sebagai Instagram Reels. Konsep platform tersebut mirip seperti TikTok dimana ia menawarkan video pendek diiringi dengan muzik, boleh dikongsikan kepada rakaman dan pengikut yang lain.

Instagram Kini Perkenal Pesaing TikTok

Menerusi Reels, pengguna boleh merakam video berdurasi 15 saat ditambah pelekat serta kesan-kesan khas bagi menjadikan perkongsian tersebut lebih menarik.

Sekiranya akaun pengguna adalah Public, ia boleh dikongsikan dengan lebih meluas pada ruangan yang disediakan iaitu Explore. Tetapi jika adalah akaun Private, perkongsian akan mengikut tetapan privasi pengguna iaitu hanya pengikut akaun sahaja yang dapat melihat.

Ciri ini pertama kali diuji pada tahun lalu sekitar November untuk pengguna di Brazil dan kemudiannya ke pasaran lain seperti India dan Eropah. Ia kini sudah mula diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna global melibatkan 50 buah negara. Kita mungkin menerima kemaskini ciri berkenaan tidak lama lagi.

Sumber: Instagram

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY