Instagram Kini Menyediakan Fungsi 'Mute' Untuk Pengguna Mereka

Instagram kini membenarkan penggunanya untuk tidak lagi melihat sebarang kiriman yang dibuat oleh mana-mana akaun yang diingini dengan fungsi 'mute'. Ia sekaligus tidak memerlukan anda untuk unfollow akaun rakan-rakan anda lantas mengelakkan situasi kurang enak dalam hubungan persahabatan anda.

Kebanyakkan daripada kita pasti akan mempunyai beberapa orang rakan yang suka membuat kiriman yang banyak dalam masa satu hari sehingga menyebabkan rasa kurang selesa untuk melayari laman Instagram.

Oleh kerana takut untuk menyinggung perasaan rakan sekiranya kita unfollow akaun mereka, kita terpaksa mendiamkan. Dengan adanya fungsi mute ini, ia seolah-olah anda unfollow akaun rakan tersebut tanpa diketahui oleh mereka.


Kredit : The Verge


Untuk menggunakan fungsi ini, anda cuma perlu lawati mana-mana kiriman akaun yang ingin disenyapkan, klik pada ikon tiga titik pada bucu atas gambar dan pilih 'Mute'. Anda juga akan diberi pilihan untuk senyapkan kiriman biasa sahaja atau pun turut senyapkan kiriman Stories juga.

Dan seperti laman sosial yang lain, anda juga bebas untuk unmute sebarang akaun pada bila-bila masa. Fungsi ini sedang diperkenalkan dalam kemaskini terbaru yang akan disediakan secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram di seluruh dunia.

Sumber