Instagram Kini Membolehkan Anda Boleh Muat Naik Instagram Stories Secara Pukal

Pengguna laman sosial Instagram kini dilihat lebih berminat untuk menggunakan fungsi Instagram Stories untuk membuat kiriman berbanding mengirim gambar atau video secara kiriman biasa pada dinding Instagram. Atas sebab itu, pihak Instagram telah menyediakan beberapa fungsi terbaru untuk Instagram Stories ini dalam kemaskini terbaru bagi aplikasinya.

Pembaharuan yang paling ketara ialah Instagram kini membenarkan untuk penggunanya mengirim gambar atau video pada Instagram Stories mereka secara pukal. Ia akan lebih memudahkan pengguna yang gemar mengirim lebih daripada satu kiriman Stories dalam satu-satu masa. Sebelum ini, pengguna perlu menetapkan tetapan bagi setiap satu kiriman secara individu, dan ini agak menjengkelkan sekiranya anda mahu memuat naik banyak kiriman dalam satu masa.



Dalam kemaskini terbaru ini, pengguna boleh memuat naik sehingga 10 imej atau video dalam satu kiriman. Setelah memilih imej dan video yang ingin dikirim, pengguna akan diperlihatkan dengan pratonton kiriman tersebut. Selain itu, Instagram juga akan memaparkan pelekat lokasi di mana imej atau lokasi itu diambil secara automatik.

Buat masa ini, kemaskini terbaru Instagram ini hanya tersedia untuk aplikasi Android sahaja namun ia dijangka akan menemui pengguna iOS pada masa terdekat.

Sumber