Instagram Kini Membenarkan Pengguna Memuat Turun Live Video Mereka ke Dalam Peranti

Instagram hari ini telah mengumumkan kemas kini baru untuk IOS dan aplikasi Android. maklumat ini datang tidak lama selepas rangkaian sosial tersebut menambah sokongan untuk geostickers pada Stories. Kali ini Instagram tampil dengan kemaskini yang membenarkan pengguna memuat turun live video selepas tamat rakaman.

Instagram mengumumkan tentang kemaskini terbaru ini melalui blog rasmi mereka. Selepas pengguna menamatkan rakaman video, pengguna dapat melihat butang 'save' yang terletak di bahagian atas, sentuh butang untuk menyimpan rakaman video ke dalam album peranti.

Satu perkara penting yang harus kami tekankan di sini adalah selepas video dimuat turun, ianya tetap hilang sepenuhnya dari aplikasi Instagram itu sendiri. Baik penyiar live video mahupun penonton tidak akan dapat menonton semula video tersebut dalam aplikasi Instagram selepas ianya dilupuskan.

Sumber