Connect with us

Berita

Instagram Kini Dimuatkan Ciri Yang Dapat Membantu Pengguna Mengenal Pasti E-mel Palsu

ariff bukhari

Ditulis

pada

Jangan tertipu dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak Instagram.

Sejak awal tahun ini hingga lewat Ogos lalu, pengguna Instagram melaporkan mereka telah menerima e-mel yang menyatakan bahawa akaun Instagram mereka cuba diakses oleh pihak lain.

Pada Ogos lalu, penyelidik keselamatan dari Sophos telah mendedahkan e-mel yang diterima pengguna Instagram tersebut sebenarnya adalah palsu di mana penggodam mengaburi pengguna Instagram dengan menggunakan teknik “phishing” bagi menggodam akaun mangsa mereka.

Tidak lama selepas pendedahan tersebut, pihak Instagram telah pun memperkenalkan ciri yang dikenali sebagai “Emails From Instagram” bagi membantu pengguna aplikasi mereka mengetahui jika e-mel yang diterima oleh pemilik akaun tersebut benar-benar datangnya daripada pihak Instagram.

Walaubagaimanapun, pada peringkat awal ciri tersebut hanya diperkenalkan kepada pengguna iPhone terlebih dulu sejak awal Oktober lalu.

Tetapi kini, menerusi kemas kini terbaru aplikasi Instagram untuk pengguna peranti Android, mereka juga sudah boleh mengakses ciri “Emails From Instagram” di bahagian tetapan aplikasi tersebut.

Settings > Security > Emails From Instagram.

Maka dengan adanya ciri ini, pengguna tidak lagi tertipu dan pastikan menyemak terlebih dahulu di bahagian “Emails From Instagram” ini bagi mengetahui sama ada e-mel yang diterima mereka benar-benar datang dari pihak Instagram.

Bagi pengguna yang merasakan akaun Instagram mereka telah digodam, pihak Instagram ada menyediakan panduan bagi membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular