Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram

Instagram Dilapor Uji Dua Cara Ini Untuk Sahkan Umur Pengguna Remaja

Diterbitkan Jun 27, 2022 · Dikemas kini Jun 27, 2022 oleh Nadiah Ab

Instagram dilaporkan telah mula menguji cara baharu untuk meminta pengguna mengesahkan umur dalam kalangan pengguna Amerika Syarikat.

Selain hanya perlu memuat naik kad ID, yang mungkin mengambil masa sehingga dua hari untuk pengesahan, pengguna kini mempunyai dua lagi pilihan.

Pilihan pertama ialah mengambil video swafoto, dengan mengikuti arahan pada skrin untuk melalui proses pengesahan.

Instagram Dilapor Uji Dua Cara Ini Untuk Sahkan Umur Pengguna Remaja
Sumber: BBC

Video yang diambil itu akan dikongsi hanya dengan Yoti, sebuah syarikat yang bekerjasama dengan Instagram dan pakar dalam pengesahan umur.

Teknologi Yoti ini boleh menganggarkan umur berdasarkan ciri wajah dan kemudian video itu dipadamkan sebelum memberi keputusan dalam lebih kurang 20 minit.

Pilihan kedua ialah social vouching, iaitu memerlukan pengikut mutual untuk mengesahkan umur pengguna.

Instagram Dilapor Uji Dua Cara Ini Untuk Sahkan Umur Pengguna Remaja
Sumber: BBC

Orang yang memberikan jaminan itu pula mestilah berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak menjamin orang lain pada masa yang sama.

Melalui cara ini, pengguna perlu memilih tiga orang untuk menjamin, dan mereka perlu membalas permintaan itu dalam masa tiga hari.

Instagram melaksanakan polisi ini untuk memastikan hanya pengguna berumur lebih 13 tahun boleh menggunakan Instagram dan untuk mengawal kandungan iklan.

Buat masa ini, hanya pengguna Amerika Syarikat sahaja yang diuji untuk kaedah pengesahan ini.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY