Instagram Dan Messenger Kini Hadir Dengan "Vanish Mode" - Mesej Dipadam Secara Automatik Selepas Dibaca

Bagi pengguna Snapchat, anda pasti tahu akan ciri-ciri ini dimana mesej yang dihantar tidak akan disimpan. Sebaliknya ia akan hilang selepas ia dibaca.

Facebook kini telah mengambil ciri ikonik daripada Snapchat - Vanish Mode dan akan gunakannya ke dalam aplikasi mereka iaitu Instagram dan FB Messenger.



Apabila fungsi ini diaktifkan, kesemua mesej, emoji gambar atau gif yang dihantar akan terus hilang sebaik sahaja ia dibaca oleh penerima.

Seperti Snapchat, anda juga akan menerima notifikasi sekiranya pembaca mengambil tangkapan skrin mesej tersebut.

Bagi Messenger, ia sudah mempunyai ciri secret conversation tetapi ia perlukan beberapa langkah dan tetapan masa untuk ia hilang.



Manakala Instagram lebih mudah, anda hanya menatal ke atas bagi mengaktifkan ciri ini.

Namun, perlu diingatkan bahawa ciri ini hanya boleh digunakan pada individu sahaja dan bukan kumpulan perbualan.

Ciri ini sudah tersedia buat semua pengguna di Amerika Syarikat dan terdapat juga pengguna di Malaysia sudah milikinya. Anda akan menerima ciri ini tidak lama lagi.

Sumber: messenger