Instagram Dan Facebook Turut Menyekat Akaun Donald Trump Selama 24 Jam

Pagi ini, Twitter telah mengumumkan akaun Donald Trump dikunci selama 12 jam sebagai tindakan susulan selepas memadam tiga ciapan yang mengandungi pelanggaran berulang. Menurut Twitter, jika pelanggaran polisi platform sosial media itu dilakukan secara berterusan, pihaknya akan mengambil langkah untuk menggantung akaun Trump secara kekal.

Terbaru, Facebook dilaporkan turut mengambil langkah yang sama dengan menyekat akaun Trump dalam tempoh 24 jam. Ini bermakna, Trump tidak boleh memuat naik kiriman di platform itu dalam tempoh tersebut.

https://twitter.com/mosseri/status/1346999536447795202

Selain Facebook, Instagram turut mengesahkan akaun Trump dikunci dalam tempoh 24 jam di platform sosial media itu.

Tindakan ini dikatakan adalah lanjutan daripada muat naik video berbaur hasutan yang dipadam sebelum ini.

Sumber: The Verge