Instagram Cuba Menutup Akaun Palsu

Akaun palsu Instagram bukanlah sesuatu yang baru.

Jika anda pengguna Instagram, pasti anda sudah terjumpa akaun 'kosong' dan akaun yang mengandungi iklan lucah atau produk yang 'follow' anda.

Terdapat juga servis perkhidmatan yang menawarkan khidmat menaikkan bilangan 'followers' anda.

Mengikut laporan oleh Business Insider, Instagram sudah menutup sebuah akaun servis dipanggil 'Instagress'.

Servis ini agak popular di kalangan 'Instagrammers' kerana akan mendapatkan 'followers' yang 'tulen' untuk anda.

Dalam laman sesawang Instagress, mereka berkata yang Instagram telah memaksa penutupan servis mereka.

Pihak Instagram tidak memberikan komen tentang ini tetapi jurucakap mereka telah memberikan polisi Instagram yang melarang pembangun pihak ketiga untuk menjual data Instagram.

Ini bukan kali pertama Instagram menutup akaun palsu dan baru-baru ini Facebook juga telah bekerja untuk menjejaki akaun-akaun palsu ini untuk menutupnya.

Akaun-akaun palsu ini akan sentiasa wujud realitinya tetapi dengan langkah Instagram ini, kita mungkin berasa lega tanpa perlu risau tentang akaun palsu yang kadang kala boleh mengeksploitasi akaun kita.

Sumber