Instagram- Ciri Perkongsian Foto Peribadi Bersama Kenalan Pilihan Kini Dalam Tempoh Percubaan

Awal hari ini Instagram telah memperkenalkan satu ciri baru yang dipanggil 'Favorites', dimana pengguna dapat mengirim gambar di Instagram secara private dan memilih kenalan pilihan yang boleh melihat gambar atau video peribadi yang telah dikirimkan tersebut.

Menurut Robby Stein, Ketua Pemasaran Produk Instagram, mereka berusaha membawakan ciri ini lebih daripada setahun yang lalu, dan ianya akan diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi.



Pengguna hanya perlu memilih kenalan dalam senarai 'Favorites'. Senarai yang dipilih sahaja yang akan dapat menonton kiriman peribadi ini.

Kenalan yang terpilih pula akan dapat lihat tag bewarna hijau di bahagian atas, yang bermakna mereka adalah yang terpilih dan mendapat hak keistimewaan untuk melihat kiriman peribadi tersebut.

Pengguna boleh sunting atau menambah kenalan dalam senarai "Favourite" pada bila-bila masa. Langkah ini dilihat dapat memberi pilihan kepada pengguna yang mahukan privasi.

Ciri ini masih dalam tempoh percubaan dan dijangka akan diperkenalkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Sumber: The Verge