Instagram Capai 700 Juta Pengguna, Mungkin Cecah Angka 1 Bilion Pada Tahun 2017

Instagram bukan sekadar berkembang, tetapi berkembang dengan sangat pantas.

Itulah yang mampu dikatakan apabila melihat kepada pengumuman yang dibuat oleh platform perkongsian gambar popular tersebut.

Sejumlah 100 juta pengguna direkodkan mendaftar dengan Instagram sejak 4 bulan yang lepas dan ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 700 juta orang pengguna.

 

Peningkatan yang ketara ini mungkin disebabkan dari ciri-ciri baru yang diperkenalkan seperti Instagram Stories, muat naik gambar lebih daripada satu foto, dan juga fungsi 'live video'.

Mari kita lihat peningkatan jumlah pengguna Instagram (dipetik dari laman Recode);

  • 400 juta pengguna ->500 juta pengguna (9 bulan)

  • 500 juta pengguna -> 600 juta pengguna (6 bulan)

  • 600 juta pengguna -> 700 juta pengguna (4 bulan)


Jika tren ini berterusan, dijangka pengguna Instagram bakal mencecah 800 juta pengguna pada penghujung Julai, 900 juta pengguna pada penghujung September, dan 1 bilion pada lewat tahun 2017 ini.

Buat masa sekarang, Facebook, Whatsapp dan Messenger yang berjaya mencecah angka 1 bilion pengguna.

instagram_user_comparison_01

Nampaknya monopoli sosial media di pegang oleh sebuah syarikat... Facebook.

Sumber: Instagram, Recode