Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Bakal Tampil Dengan Video Siaran Langsung

Instagram Bakal Tampil Dengan Video Siaran Langsung

Diterbitkan November 10, 2016 oleh Haikel Areff

Instagram baru-baru ini mengesahkan mereka bakal memperkenalkan fungsi siaran langsung ke dalam aplikasi kegilaan ramai tersebut. CEO Instagram, Kevin Systrom membincangkan perkara tersebut di dalam satu temuramah bersama Financial Times hari ini.  Pengumuman tersebut dibuat setelah terdapat gambar yang tertiris menunjukkan fungsi siaran langsung dari Instagram tersebut tersebar di laman web Rusia TJ Journal

” Fungsi siaran langsung akan membawa Instagram sama tinggi dengan aplikasi media sosial yang lain dan mampu menarik lagi ramai pengguna” kata Systrom. Systrom juga menambah fungsi ini mampu mengeratkan lagi hubungan antara pengguna sambil berinteraksi secara langsung.

Systrom tidak memberitahu secara terpinci tarikh sebenar kemaskini dari Instagram atau bagaimana ianya akan berfungsi. Mengikut berita tertiris dari TJ Journal, pengguna yang sedang merekod siaran langsung akan terdapat lampu merah di bahagian atas video di dalam segmen ‘stories’ di Instagram. Ini bermakna, pengikut anda akan tahu anda sedang merakam video secara langsung.

520831-instagram-testing-live-video

Instagram menambah segmen ‘stories’ yang seakan serupa dengan aplikasi Snapchat pada bulan Ogos yang lepas. Penambahan fungsi tersebut ternyata meletakkan Instagram sebaris dengan aplikasi media sosial yang lain seperti Facebook, Snapchat dan YouTube. Dan dengan fungsi siaran langsung ini ternyata akan menjadikan Instagram tumpuan peminat media sosial. Sama-sama kita nantikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY