Instagram Bakal Dilengkapi Ciri Yang Dipanggil 'Checkout'

Ciri yang membolehkan pengguna membeli produk dan membuat bayaran terus dari dalam aplikasi Instagram.


Instagram hari ini mengumumkan secara rasminya ciri terbaru yang pastinya menjadi salah satu ciri yang amat ditunggu-tunggu oleh pengguna mereka iaitu 'checkout'.

Sebelum ini pihak Instagram telah menguar-uarkan ciri ini lebih awal pada Mac lalu. Tetapi kini pengguna sudah boleh menggunakannya bermula har ini.

Checkout adalah ciri yang membolehkan pengguna terus melakukan urusan jual beli produk menerusi aplikasi Instagram. Sebagai contoh, apabila anda sentuh pada bahagian view produk dari pos sesebuah laman produk, anda akan nampak butang “Checkout on Instagram”.

Kapsyen: Kredit: Instagram


Seterusnya proses tempahan dan bayaran akan dipaparkan dan anda hanya perlu masukkan nama, e-mel dan informasi bil serta alamat penghantaran untuk kali pertama checkout sahaja.

Segala maklumat akan disimpan dengan selamat di dalam Instagram bagi memudahkan urusan sama pada lain masa. Malah anda juga akan menerima notifikasi bagi menjejaki proses penghantaran dan penerimaan produk terus dari dalam Instagram.

https://www.youtube.com/watch?v=h99NX_FyVSw

walaubagaimanapun, buat masa ini ciri checkout hanya dapat diguna oleh pengguna versi beta Instagram untuk perniagaan di dalam Amerika sahaja. Syarikat-syarikat dari pelbagai jenama produk yang terlibat juga adalah terhad buat masa ini. Tetapi dijangka akan bertambah pada masa akan datang.

Berikut adalah produk-produk yang menyokong ciri checkout di Instagram setakat ini:-

  • Adidas @adidaswomen & @adidasoriginals & @adidashoops

  • Anastasia Beverly Hills @anastasiabeverlyhills

  • Balmain @balmain

  • Burberry @burberry & @burberrybeauty

  • ColourPop @colourpopcosmetics

  • Dior @dior

  • H&M @hm

  • Huda Beauty @hudabeautyshop

  • Kith @kithfootwear & @kith

  • KKW @kkwbeauty

  • Kylie Cosmetics @kyliecosmetics

  • MAC Cosmetics @maccosmetics

  • Michael Kors @michaelkors

  • NARS @narsissist

  • Net-a-Porter @netaporter & Mr. Porter @mrporterlive

  • Nike @niketraining & @nikewomen & @nikegolf & @nikesb

  • NYX Cosmetics @nyxcosmetics

  • Oscar de la Renta @oscardelarenta

  • Ouai Hair @theouai

  • Outdoor Voices @outdoorvoices

  • Prada @prada

  • Revolve @revolve

  • Teespring @teespring

  • Uniqlo @uniqlousa

  • Warby Parker @warbyparker

  • Zara @zara