Instagram Akan Menamatkan Aplikasi Direct Dalam Beberapa Minggu Akan Datang

Direct adalah aplikasi permesejan yang dibangunkan Instagram. Tetapi kebanyakkan dari kita mungkin tidak pernah pun tahu akan kewujudannya.


Pada lewat 2017 lalu, Instagram telah melancarkan sebuah aplikasi khusus bagi memfokuskan ciri permesejan dan penceritaan yang dipanggil sebagai Direct.

Kewujudan aplikasi Direct adalah bertujuan bagi bersaing dengan aplikasi penceritaan seperti Snapchat.

Ia membolehkan penggunanya menghantar mesej pada rakan-rakan Instagram dan orang hubungan yang ada dalam senarai hubungan.

Walaubagaimanapun, kini aplikasi Direct ini dilaporkan akan ditamatkan tidak lama lagi.

Para pengguna aplikasi tersebut telah pun menerima makluman tentang penamatan aplikasi Direct yang dijangka akan dibuat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Info berkaitan ini mula disedari menerusi ciapan salah seorang penggunanya di laman sosial Twitter.

https://twitter.com/MattNavarra/status/1128875881462677504

Mungkin bagi sebahagian dari kita sebenarnya tidak pernah pun mengetahui akan kewujudan aplikasi ini dan ia tidak menghairankan.

Ini kerana aplikasi tersebut tidak ditawarkan dalam Google Play Store mahupun App Store di Malaysia.

Malah pihak Instagram sendiri menyatakan bahawa aplikasi Direct adalah aplikasi percubaan yang disasarkan khusus pada pengguna di beberapa buah negara tertentu sahaja seperti negara Turki, Itali dan Amerika Latin.

Setakat semakan yang dibuat, kali terakhir aplikasi ini dikemaskini adalah pada 26 April 2019 lalu untuk peranti Android. Tetapi bagi peranti iOS pula, kali terakhir aplikasi ini dikemas kini adalah pada Disember tahun lepas.

Sumber: TechCrunch

Berkaitan