Sebelum ini, setiap video autoplay di Instagram dimainkan secara tanpa bunyi dan pengguna perlu mengaktifkan butang berbentuk speaker di penjuru bawah kiri untuk mendengar audio.
Memetik laporan dari Tech Crunch, platform perkongsian gambar popular itu sudah mengesahkan bahawa mereka telah mengemaskini fungsi video autoplay supaya pengguna lebih mudah untuk menghidupkan serta mematikan audio.
Melalui kemaskini baru itu, setiap video autoplay akan dimainkan tanpa bunyi seperti biasa. Tetapi apabila anda menghidupkan audio untuk sesuatu video, video yang menyusul selepas itu akan ditetapkan dengan audio secara automatik.
Ini bermakna anda tidak perlu berulang kali menekan simbol speaker hanya untuk mengaktifkan audio. Tetapan ini akan kembali kepada tetapan lalai(tanpa bunyi) apabila anda menutup aplikasi Instagram.
Mungkin ada pengguna yang tidak akan menyukai pembaharuan ini kerana, sesetengah video mempunyai audio yang kurang enak didengar lebih-lebih lagi jika ia terpasang secara automatik dikelilingi orang awam lain seperti contoh di dalam LRT.
Sumber: Tech Crunch
Berkaitan
- Berapa Kapasiti Bateri Dan RAM Yang Ada Pada iPhone SE 2020? Ini Jawapannya
- Penumpang Grab Boleh Pilih Antara 10 Stesen Radio Astro Ketika Menggunakan Perkhidmatan Itu
- Video: Autopilot Menyelamatkan Juruterbang Yang Pengsan Ketika Di Udara
- Huawei Bakal Guna Sistem Operasi HarmonyOS 2.0 Untuk Komputer Di Pasaran China
- Perhatian Pengguna Black Shark, Ada Dua Aksesori Gaming Baru Sudah Mula Dijual Di Malaysia
- Diskaun Sehingga RM1200 Apabila Beli Telefon vivo Dari Lazada
- Cara Tetapkan Volume Yang Berbeza Untuk Setiap Aplikasi
- Berbaloi Atau Tidak Laburkan RM1099 Untuk Redmi Note 8 Pro? Mari Ikuti Bingkisan Hati Ini
- Caj RM0.50 Untuk Pemindahan Wang Segera Perbankan Dalam Talian Ditamatkan
- Lelaki Ketiga Terkaya Didunia Tinggalkan Telefon Flip, Tukar Kepada iPhone 11