Instagram Akan Hadir Dengan Ciri Pencarian Kata Kunci

Sekiranya anda sering menggunakan Instagram, anda pasti tahu akan kesukaran untuk mencari sesebuah post pada bahagian explore tanpa meletakkan tanda pagar.

Instagram baru-baru ini telah mengumumkan bahawa anda akan dapat membuat pencarian di Instagram dengan menggunakan kata kunci, sama seperti membuat pencarian di pelayar Google.

Namun, Instagram menyatakan bahawa ciri ini hanya terhad buat 6 negara sahaja dahulu termasuk AS, UK, Ireland dan Kanada.



Sebelum ini, jika anda mahu mencari resipi makanan, ia perlu diletakkan tanda pagar #resipimakanan untuk post itu muncul tetapi dengan ciri baharu, anda tidak perlu lagi berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, ciri ini masih menjadi tanda tanya bagaimana Instagram untuk lakukannya. Jurucakap syarikat itu berkata mereka mengambil kira beberapa faktor seperti jenis kandungan di post, kapsyen atau lebih kepada carian yang relevan.

Buat masa sekarang, hanya catatan grid yang akan muncul. Tambahnya lagi, pencarian terhad kepada topik dan kata kunci yang berada dalam garis panduan komuniti Instagram.

Akan tetapi, tiada maklumat lain sama ada ciri ini akan diperluaskan di semua negara termasuk Malaysia. Mungkin kita perlu menunggu untuk ciri ini dapat digunakan dengan baik.

Sumber: verge