Instagram baru-baru ini telah mengumumkan bahawa anda akan dapat membuat pencarian di Instagram dengan menggunakan kata kunci, sama seperti membuat pencarian di pelayar Google.
Namun, Instagram menyatakan bahawa ciri ini hanya terhad buat 6 negara sahaja dahulu termasuk AS, UK, Ireland dan Kanada.
Sebelum ini, jika anda mahu mencari resipi makanan, ia perlu diletakkan tanda pagar #resipimakanan untuk post itu muncul tetapi dengan ciri baharu, anda tidak perlu lagi berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, ciri ini masih menjadi tanda tanya bagaimana Instagram untuk lakukannya. Jurucakap syarikat itu berkata mereka mengambil kira beberapa faktor seperti jenis kandungan di post, kapsyen atau lebih kepada carian yang relevan.
Buat masa sekarang, hanya catatan grid yang akan muncul. Tambahnya lagi, pencarian terhad kepada topik dan kata kunci yang berada dalam garis panduan komuniti Instagram.
Akan tetapi, tiada maklumat lain sama ada ciri ini akan diperluaskan di semua negara termasuk Malaysia. Mungkin kita perlu menunggu untuk ciri ini dapat digunakan dengan baik.
Sumber: verge
Berkaitan
- Cara Kembalikan Semula Gambar Instagram Yang Telah Dipadam
- Tiada Lagi Kecaman Negatif Dari 'DM' Instagram
- Mahu Bersaing Dengan Clubhouse, Instagram Kini Sedang Uji Ciri Perbualan Audio
- Meta Nafi Ancam Untuk Tutup Facebook Dan Instagram Di Eropah
- YouTube Music Mungkin Akan Hadir Ciri Kongsi Lagu Untuk Stories Instagram Dan Snapchat
- Ini Ciri Baharu Bagi Remaja Bawah Umur Yang Ada Akaun Instagram
- Instagram Dan Messenger Kini Hadir Dengan "Vanish Mode" - Mesej Dipadam Secara Automatik Selepas Dibaca
- Sebab Utama Kenapa Aplikasi Instagram Yang Khusus Untuk iPad Tak Wujud Lagi
- Lepas Ini Instagram Akan Minta Pengesahan Identiti Guna Video Swafoto
- Mungkin Selepas Ini Eropah Tidak Ada Facebook Dan Instagram