Instagram Akan Beritahu Siapa "Screenshot" Stories Anda

Platform perkongsian gambar popular Instagram akan mula menyertakan satu ciri baru kedalam aplikasi utama mereka iaitu beri notifikasi sekiranya Stories di-screenshot.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang gemar merakam Stories dari akaun pengguna lain, namun selepas ini, kelakuan anda itu tidak akan disembunyikan lagi kerana setiap screenshot yang dibuat dapat dilihat oleh pengguna tersebut.



Untuk melihat siapa yang merakam, profil mereka akan ditanda dengan simbol berbentuk "bulat" seperti dibawah.

Fungsi ini pertama kali dibualkan pada bulan Januari lalu dan buat masa sekarang, beberapa pengguna sudah mula menerima kemaskini pemberitahuan berkenaan.



Sumber: TNW dan @gabrielmonstere