Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inovasi Realme Dari Dwi Kamera Kepada Quad Kamera

Inovasi Realme Dari Dwi Kamera Kepada Quad Kamera

Diterbitkan September 12, 2019 · Dikemas kini September 12, 2019 oleh irfan suhaimee

Sehingga kini kita sedia melihat bemacam-macam penawaran kamera dilengkapkan pada telefon pintar. Jika dahulunya hanya mempunyai lensa tunggal, kini model-model yang ditawarkan sudah mula ditempatkan dengan lebih banyak lensa kamera.

Fokus penawaran kuad kamera ini lebih kepada memberikan kepelbagaian rakaman kepada pengguna bergantung kepada keadaan ia dibuat. Salah satu pengeluar yang mula berjinak-jinak dengan penggunaan kuad kamera ini adalah Realme yang sudah memperkenalkan peranti quad kamera pada bulan lalu.

Inovasi Realme Dari Dwi Kamera Kepada Quad Kamera

Siri produk baru realme menunjukkan perubahan dari dwi kamera kepada quad kamera bagi  menambah beberapa fungsi kamera yang popular pada tahun ini. Siri baru ini terdiri daripada fungsi quad kamera dengan ciri-ciri seperti kamera utama yang mempunyai megapiksel yang tinggi, mempunyai lensa sudut ultra lebar, lensa potret dan lensa makro.

Kamera Utama

Inovasi Realme Dari Dwi Kamera Kepada Quad Kamera

Bertugas sebagai lensa utama, hasil imej dengan kualiti terbaik amat ditagih. Gambar haruslah jelas dan tidak tertinggal setiap perincian pada objek yang dirakam.

Kamera Ultra Sudut Lebar

Inovasi Realme Dari Dwi Kamera Kepada Quad Kamera

Dengan penggunaan lensa ultra sudut lebar, sudut rakaman boleh diluaskan sehingga 119 darjah dan amat membantu ketika mahu mengambil gambar pemandangan atau berkumpulan.

Kamera Potrait/Bokeh

Inovasi Realme Dari Dwi Kamera Kepada Quad Kamera

Fotografi potret adalah mengenai merakam gaya dan personaliti seseorang. Satu lensa potret berfungsi dengan sistem penapisan yang unik, pelarasan perisian dan pendedahan untuk memaparkan semula pengalaman potret pengguna.

Kamera Makro

Inovasi Realme Dari Dwi Kamera Kepada Quad Kamera

Lensa keempat, lensa makro menawarkan pengguna satu pengalaman baru di mana pengguna boleh mengambil gambar subjek dengan lebih dekat sehingga jarak 4cm untuk membolehkan. Cukup sesuai bagi pengguna yang mahu merakam objek-objek kecil.

Kesimpulannya, dengan penggunaan kuad kamera, ia akan memberi pengalaman yang baru kepada pengguna ketika mengambil gambar dalam pelbagai situasi. Jika sebelum ini realme dikenali ramai dengan penawaran berspesifikasi baik disamping harga berpatutan, mungkin selepas ini penambahan kuad kamera mampu mengalihkan tumpuan peminat peranti kepada pengeluar ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY