Inisiatif RM30 e-Tunai Rakyat - eWallet Mana Lebih Berbaloi?

Mungkin ada di antara anda yang masih tertanya-tanya atau berkira-kira untuk menebus e-Tunai Rakyat dengan menggunakan platform yang mana satu; TNG eWallet, Boost atau GrabPay. Teruskan membaca kerana anda mungkin dapat membuat pilihan terbaik untuk menebus e-Tunai Rakyat.

1. Touch 'n Go eWallet




Touch n' Go eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang). Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) dan menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai,pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar pada bila-bila masa di mana anda berada dalam kawasan Malaysia.

Di bawah ini kami senaraikan beberapa kelebihan jika anda memilih Touch n' Go eWallet sebagai pilihan untuk menebus e-Tunai Rakyat:



Anda akan menerima tambahan bonus eksklusif TNG eWallet bernilai RM30. Pengguna yang menebus e-Tunai Rakyat menggunakan TNG eWallet akan menerima 6x pulangan wang bernilai RM5 setiap satu apabila berbelanja minima RM20 per transaksi.

Pulangan wang ini tidak ditawarkan bagi pembayaran tol dengan PayDirect dan RFID, tempat letak kenderaan dengan PayDirect serta pindahan wang kepada pengguna TNG eWallet.



TNG eWallet mengadakan satu pertandingan kepada semua pengguna TNG eWallet yang melakukan transaksi dari 15 Januari sehingga 10 Mac 2020. Dengan menebus e-Tunai Rakyat menggunakan platform ini, anda akan mendapat dua kali penyertaan untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM2 Juta.



Touch 'n Go eWallet diterima di lebih 100,000 rakan niaga di seluruh negara dan secara dalam talian. Anda boleh menggunakan eWallet ini untuk membayar bil, perkhidmatan digital (App Store), e-hailing, tiket penerbangan, tempat letak kereta dan lain-lain.



Melalui TNG eWallet juga, anda boleh membuat pembayaran tol menggunakan PayDirect. Ia mungkin satu kelebihan yang tidak ada pada Boost dan GrabPay. Anda juga boleh menikmati pelbagai promosi perkhidmatan mobiliti lain seperti easybook.com, EzCab, #JomTeksi dan sebagainya.

2. GrabPay




GrabPay merupakan penyedia e-dompet yang menawarkan kemudahan untuk membayar perkhidmatan harian seperti bil, barangan runcit, makanan, perkhidmatan e-hailing, tambah nilai kad prabayar dan banyak lagi dalam satu aplikasi.

Kelebihan menggunakan GrabPay untuk menebus e-Tunai Rakyat:



Jadi 10,000 yang pertama mendaftar dan anda akan dapat menikmati kelebihan seperti Baucar RM5 GrabPay Eksklusif bernilai sehingga RM270 dan promosi-promosi eksklusif bernilai sehingga RM 2,700. Hanya satu baucar yang dibenarkan untuk digunakan dalam satu transaksi dengan perbelanjaan minimum RM20.

Kumpul tiga kali ganda mata ganjaran GrabRewards dengan menggunakan GrabPay. Grab menyokong e-Tunai Rakyat dengan melanjutkan promosi GrabPay Year End Bonus Points sehingga 15 Mac 2020.



Dapat menggunakan insentif tersebut bagi membuat pesanan makanan dengan GrabFood, GrabMart, e-hailing dan sebagainya.

Anda juga akan menerima pulangan wang 25% dengan GrabPay Wallet apabila membeli insurans perjalanan.

3. Boost




Boost bekerjasama dengan 17 bank seperti Maybank, CIMB, RHB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank dan banyak lagi. Melalui aplikasi Boost, anda boleh membuat pembayaran dengan lebih 100,000 rakan niaga Boost yang mengambil bahagian tanpa menggunakan wang tunai fizikal.

Apakah kelebihan yang diperolehi jika anda menebus e-Tunai Rakyat menggunakan Boost?



Apabila menebus e-Tunai Rakyat menggunakan Boost, anda akan menikmati ganjaran shake sehingga RM8,888.



Tawaran menarik RM1 dan penjimatan dengan menggunakan baucar sehingga RM150.



Terima Boost Coins dan Shake Rewards yang memberi pulangan wang, Boost Coins tambahan atau hadiah dengan BoostUP.

Permohonan untuk program ini boleh dibuat mulai 15 Januari 2020 hingga 8 Mac 2020. Program e-Tunai Rakyat akan tamat pada 14 Mac 2020.

Semoga anda dapat membuat pilihan dengan bijak dan selamat menikmati inisiatif e-Tunai Rakyat bagi anda yang layak.