Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
duitnow qr

Inisiatif Melaka e-Tunai Bazar Ramadan Dan Bazar Aidilfitri Diperluaskan

Diterbitkan Mac 23, 2023 · Dikemas kini Mac 23, 2023 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha untuk meningkatkan penerimagunaan teknologi digital yang meluas dalam kalangan rakyat, Kerajaan Negeri Melaka bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dalam meluaskan kesedaran dan meningkatkan penggunaan e-Tunai di negeri Melaka menerusi inisiatif ‘Melaka e-Tunai’ di Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri bagi memacu peralihan kepada pembayaran tanpa tunai di kalangan masyarakat.

Menerusi kempen ini, peniaga tempatan digalakkan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan penyedia perkhidmatan kewangan (FSPs) atau penyedia platform digital bagi memudahkan proses pembayaran secara tanpa tunai ataupun cashless.

Pada masa yang sama, peniaga juga dapat menikmati insentif serta pelbagai tawaran istimewa yang khas disediakan menerusi inisiatif Melaka e-Tunai.

Pelanggan atau pengunjung Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri juga boleh berbelanja dan menikmati pelbagai tawaran istimewa dan insentif khas termasuk cash back melalui aplikasi e dompet TnG, Boost, Maybank dan penghantaran makanan Foodpanda sepanjang kempen promosi dan kesedaran ini.

Berkaitan

  • Rakyat Malaysia 'Terpaksa' Bayar Lebih Untuk Pelan Internet, Thailand Lebih Berpatutan
  • Netflix Bakal Siarkan Siri Baru Mighty Morphin Power Ranger April Depan
  • Cepat Semak Aplikasi TNG eWallet Anda, Berpeluang Terima Baucar Bernilai Sehingga RM5

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY