Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inisiatif Cerdik – Pemberian Komputer Riba Dan Tablet Untuk PdPR Bermula Februari

Inisiatif Cerdik – Pemberian Komputer Riba Dan Tablet Untuk PdPR Bermula Februari

Diterbitkan Januari 25, 2021 ยท Dikemas kini Januari 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Yayasan Hasanah hari ini dalam kenyataan mengatakan bahawa mereka akan memberikan komputer riba dan tablet kepada murid yang memerlukan menerusi inisiatif Cerdik bermula bulan Februari.

Inisiatif ini melibatkan sumbangan berjumlah RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mewakili syarikat di bawah Khazanah, PNB, KWSP dan Petronas.

Pemberian bantuan ini dipilih dan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Ini adalah termasuk pemilihan spesifikasi perkakasan dan perisian yang akan diberikan demi jangka hayat yang lebih lama untuk pembelajaran digital pada masa hadapan.

Screenshot (171)

Tahun lalu, Menteri Kewangan – Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung Cerdik ini melalui pembentangan Belanjawan 2021.

Oleh itu, inisiatif yang dikendalikan Yayasan Hasanah ini akan memberikan komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.

Sumber: bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY