Inilah Telefon Android Dengan Rakaman Video Terbaik

Umum mengetahui kebanyakkan telefon Android kini memiliki keupayaan kamera yang hebat. Malah dalam ujian yang dijalankan oleh pihak DXO Mark, kamera terbaik dihuni oleh barisan telefon Android

Namun, dalam kebanyakkan telefon Android dipasaran ketika ini, bagai bulan dipagari bintang, hanya satu sahaja telefon yang menonjol apabila kita bercerita tentang rakaman video....iaitu Samsung Galaxy S10.



Banyak perkara yang menarik boleh dikupas tentang Galaxy S10 tetapi yang paling menjadi perhatian adalah keupayaan rakaman videonya yang sangat menakjubkan.

Galaxy S10 merupakan peranti pertama di dunia yang mengetengahkan ciri rakaman HDR+ untuk kamera utama dengan teknologi yang dipanggil Dynamic Tone Mapping untuk memberikan warna yang lebih dinamik.



Apa yang menariknya ia turut dilengkapi dengan teknologi penstabilan yang digelar Super Steady (VDIS) pada resolusi HD penuh (FHD), 3 kali lebih stabil berbanding teknologi VDIS yang asal.

Dengan kebolehan lensa 123 sudut darjah, hasil rakaman adalah lebih sinematik dengan rakaman yang kurang gegaran.

Di bawah merupakan sampel rakaman video yang diambil oleh Samsung Galaxy S10.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=d5YIKdfb6Ps&feature=youtu.be[/embed]

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=3EFKD-qlzKU&feature=youtu.be[/embed]

Ia dilihat sangat sesuai terutamanya kepada anda yang gemar ber-vlogging kerana kamera hadapannya tidak kurang hebatnya dengan 10MP Dual Pixel Auto Focus pada resolusi UHD.

Malah melalui pengalaman saya, rakaman suara(mikrofon) yang dibekalkan juga adalah sangat memuaskan. Ini menjadikannya alternatif terbaik kamera aksi atau DSLR untuk merakam memori indah hidup anda.

Bercakap tentang memori indah, Galaxy S10 turut berkerjasama dengan Instagram untuk membawakan ciri Instagram Mode. Ini bermakna pengguna tidak perlu lagi keluar dari aplikasi natif kamera peranti ini.



Melalui integrasi ini juga, saya dapati pengguna diberikan kebebasan seperti menggunapakai sensor sudut luas dan telefoto untuk dimuat naik ke Instagram Stories.

Ramai yang mengeluh tentang kualiti video telefon Android di Instagram Stories yang seakan di turun taraf dan tidak dapat dikekalkan apabila dimuat naik. Kini anda tidak perlu risau lagi, video dari S10 akan melalui proses 'cropping' yang dioptimum dan sepadan dalam menghasilkan rakaman yang memuaskan di ruang Stories.



Galaxy S10+ boleh didapati dengan ruangan penyimpanan sebesar 1TB bersama RAM bersaiz 12GB. Malah dengan keupayaan rakaman 4K pada 60fps, sudah pasti pengguna mahukan peranti yang mampu menggalas tugasan yang baik tanpa perlu risau tentang ruangan simpanan penuh.

Menurut laman web rasmi Samsung, sebelum 5 May 2019, variasi 1TB dijual pada harga RM5,999 dan pembeli akan berpeluang untuk mendapatkan sebuah Galaxy A9 bernilai RM1,999 secara percuma. Pembelian ini juga akan dituruti dengan sebuah pelindung edisi khas Marvel bernilai RM159.


Berkaitan