Inilah Kos Untuk Menghasilkan Samsung Galaxy S8

Umum telah mengetahui bahawa Samsung Galaxy S8 dijual lebih mahal berbanding model terdahulu iaitu S7.

Mengapa harga S8 lebih tinggi berbanding S7?

Jawapannya mudah saja, kerana kos menghasilkannnya lebih mahal berbanding model sebelum itu.

Menurut laporan dari IHS Markit, bill of materials (BOM) untuk Samsung S8 berjumlah  $301.60 (~RM1327.34) tetapi apabila ditambah dengan kos pembuatan asas $5.9 (~RM25.97) menjadikannya kepada $307.50 (~RM1353.31).

Ini bermaksud kos pengeluaran Samsung Galaxy S8 lebih mahal sebanyak  $43.34 (~RM190.74) berbanding Samsung Galaxy S7, dan berbeza sebanyak $36.29 (~RM159.71) dengan kos pengeluaran Galaxy S7 Edge.

and-this-is-the-galaxy-s8-plus-which-has-a-62-inch-amoled-display Kapsyen: Samsung Galaxy S8


 

samsung-galaxy-s7-review-aa-3-of-20-840x473 Kapsyen: Samsung Galaxy S7


 

Samsung Galaxy S7 Kapsyen: Samsung Galaxy S7 Edge


Bagaimanapun laporan tersebut tidak menyenaraikan harga bagi setiap komponen peranti terbabit tetapi ada menyebut harga untuk NAND flash memory serta DRAM yang kedua-duanya berharga $41.50(~RM182.64).

Untuk bateri 3000mAh ia menelan kos sebanyak $4.50 (~RM19.80)

Perbezaan harga jualan S8 (model paling murah) dengan kos pengeluaran adalah sekitar $412.5 (~RM1815.41).

Walaubagaimanapun, itu bukanlah jumlah keuntungan sebenar Samsung kerana anda perlu mengambil kira kos-kos lain seperti pengiklanan, penghantaran dan sebagainya.

Sumber: IHS Markit