Inilah Dia Kapal Kargo Elektrik Pertama Di Dunia Ciptaan China

China kini boleh berbangga dengan satu lagi kejayaan mereka dalam bidang logistik apabila berjaya menghasilkan kapal kargo yang dijana sepenuhnya dengan kuasa elektrik.

Dibina dengan ukuran 230 kaki panjang, 45 kaki lebar dan 14 kaki tinggi, ia berkemampuan untuk menampung beban sehingga 2000 tan metrik.

Kapal yang dibina oleh Guangzhou Shipyard International Company Ltd, ini berlayar menggunakan kuasa elektrik 2.4MWj yang dijana dari superkapasitor dan 1000 bateri lithium. Difahamkan, ia berupaya mencapai jarak pelayaran sehingga 44 batu nautika atau lebih kurangĀ  80km.

"Kapal ini dikuasakan sepenuhnya oleh elektrik, dan ia tidak mendatangkan ancaman kepada alam sekitar. Teknologi ini tidak lama lagi akan diaplikasikan pada kapal lain seperti kapal yang membawa penumpang" ujar Huang Jialin selaku pengurus besar syarikat pembuatan kapal tersebut.

Ironinya mengenai kapal yang dikatakan mesra alam sekitar ini adalah ia membawa kargo berupa arang batu yang mana jelas salah satu punca kepada pencemaran udara.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=28&v=-IpB9PYU-fk

Sumber: Engadget