Ini Yang Perlu Dilakukan Apabila iPhone Anda Dicuri

Kehilangan iPhone yang dibeli dengan harga ribuan ringgit boleh membuatkan kita sakit jiwa. Tambah merisaukan lagi apabila peranti tersebut tersimpan segala macam maklumat peribadi, perbualan "bawang" dan gambar serta video yang tak sepatutnya dirakam.

Tetapi jika sudah ditakdirkan iPhone anda dicuri, bertabahlah dan cuba ikuti langkah berikut. Tiada jaminan langkah ini boleh mengembalikan iPhone tersebut tetapi sekurang-kurangnya ia lebih bermakna dilakukan berbanding hanya menangis dibucu katil.

1. Kunci iPhone dan padam data



Perkara paling penting dan yang paling awal perlu dibuat adalah melindungi informasi peribadi anda. Sekiranya iPhone anda mempunyai kata laluan, ia boleh dikatakan selamat. Tetapi jika tidak, aktifkan Lost Mode pada Find My iPhone untuk kunci peranti itu, paparkan mesej dan nombor telefon untuk dihubungi pada iPhone yang hilang itu. Sebab ity pentingnya anda mengaktifkan ciri Find My iPhone.

Jika anda menyimpan data sensitif yang difikirkan lebih besar dari rahsia negara, bolehlah padam melalui iCloud.

Anda juga boleh tetapkan iPhone supaya memadam semua data sekiranya kata laluan yang dimasukkan tidak betul sebanyak 10 kali. Caranya pergi ke Settings > Touch ID & Passcode > Erase Data.

2. Jejak peranti menggunakan Find My iPhone



Ciri yang disertakan pada iPhone ini berupaya menjejak peranti menggunakan fungsi GPS yang tersedia didalamnya. Dari situ anda boleh melihat pergerakan iPhone yang dicuri. Pastikan ciri ini dihidupkan sebelum iPhone dicuri ya.

3. Elakkan dari ambil telefon itu bersendirian, minta bantuan pihak berkuasa



Apabila berjaya menjejak iPhone menggunakan Find My iPhone, elakkanlah mengambilnya secara bersendirian. Misalnya iPhone itu dikenal pasti berada didalam rumah, buat laporanĀ  dan mintalah bantuan pihak berkuasa. Ini bertujuan untuk mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.

4. Beritahu pada kenalan yang lain



Jika iPhone tidak berjaya dijejak dan dikunci, maklumat didalamnya terdedah kepada pencuri. Pencuri mungkin menghantar e-mel atau mesej yang tidak sepatutnya pada kenalan. Jika diberitahu, kenalan sudah tahu mesej pelik yang diterima itu bukan dihantar oleh anda.

Itulah saja perkongsian kali ini, mungkin anda berpengalaman mendapatkan semula iPhone yang dicuri, boleh kongsikannya diruangan komen.

Sumber: Apple

Berkaitan