Ini Yang Harus Anda Lakukan Jika Komputer Riba Terkena Tumpahan Air

Menumpahkan minuman di atas komputer riba secara tidak sengaja pasti akan menimbulkan rasa panik. Walaupun cecair boleh memusnahkan barangan elektronik dengan cepat, namun anda masih ada kesempatan untuk menyelamatkan jika anda peka dan pantas bertindak untuk mengatasinya.

Jangan panik. Ikuti langkah-langkah ini:

*Perlu diingatkan bahawa setiap langkah yang dilakukan seperti membuka laptop adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Boleh bawanya terus kedai atau mereka yang pakar dalam membaiki masalah ini.



  • Memutuskan kabel dari penggunaan kuasa letrik, kemudian menekan butang power sehingga ia benar-benar mati.


Penting untuk anda bertindak dengan cepat kerana komputer riba sedang basah. Jika cecair menyentuh litar pada komputer riba semasa mereka aktif, berkemungkinan besar ia akan mengalami masalah, jadi masa adalah sangat penting.



  • Bersihkan permukaan komputer riba.


Cara ini akan dapat meminimumkan pendedahan komputer riba anda kepada tumpahan cecair tersebut dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko terjadinya kejutan elektrik.



  • Keluar atau cabutkan segala bateri dan perkakas luar.


Sesetengah komputer riba masih mempunyai bateri yang boleh ditanggalkan dengan selak mudah, sementara yang lain akan memerlukan anda untuk membuka keseluruhan badan belakang bateri yang diletak skru. Jika anda yakin dan tahu untuk melakukannya, teruskan dan buka. Jika tidak, hanya biarkan.

Teruskan pula dengan mencabut semua pendrive, kabel, kad memori dan asingkannya di tempat yang lebih selamat. Ini semua untuk memastikan tiada apa yang cuba menarik kuasa dari sistem. Pastikan anda menanggalkannya dengan teliti dari bicu.



  • Keringkan komputer riba anda.


Sebaik sahaja yang lain selesai, anda boleh mengikuti arahan selanjutnya dengan menterbalikkan komputer riba tersebut untuk mula melakukan proses pengeringan yang memakan masa selama sehari dua di ruang yang sedikit hangat dan kering. Jangan gunakan pengering rambut kerana ini boleh menyebabkan masalah statik. Boleh halakan kipas kearah laptop untuk segerakan proses pengeringan.



  • Pasang semula bateri dan hidupkan komputer riba.


Sekiranya ada gangguan dalam bunyi atau paparan, anda perlu membawa komputer riba terus ke perkhidmatan pembaikan profesional agar ia dapat berfungsi dengan baik semula.

Walaupun selepas komputer riba anda sudah berfungsi, ia mungkin perlu melalui proses pembersihan yang terakhir kerana kemungkinan masih ada bahagian yang melekit atau berminyak. Kemudian, anda boleh mula memeriksa kabel dengan memasang semula segala-galanya dan menghidupkannya.

Untuk mengelakkan daripada perkara ini berulang, boleh gunakan sarung pelindung dan seumpama dengannya tetapi jangan menghalang ruang pengudaraan peranti itu.

 

Sumber: nytimes, digitaltrends

Berkaitan