Ini Spesifikasi Utama Samsung Galaxy S20 FE Yang Akan Diperkenalkan 23 September Ini

Samsung Galaxy S20 FE atau Fan Edition akan diperkenalkan sebagai alternatif lebih mampu milik berbanding Galaxy S20 biasa.

Hari ini beberapa infografik telah dimuat naik oleh Evan Blass yang memperlihatkan spesifikasi telefon pintar ini.

Pertama sekali, Galaxy S20 FE akan mempunyai 2 buah varian cip iaitu model 4G dengan Exynos 990 dan juga 5G dengan Snapdragon 865.

Skrin telefon akan berukuran 6.5 inci Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz manakala swafoto pula 32MP diletakkan dalam rekaan punch-hole.



Untuk kamera belakang, terdapat tetapan 3 lensa yang dibariskan dalam modul kamera secara menegak. Ia akan menggunakan 12MP utama, 12MP sudut lebar, dan 8MP telefon zum.

Ia bukanlah sebuah sensor baru kerana ini merupakan perkakas kamera sama yang digunakan pada S20 biasa.



Sepertimana telefon-telefon mercu Samsung yang lain, Galaxy S20 FE akan turut diiktiraf IP68. Melihat kepada infografik itu juga, telefon ini juga akan menyokong pengecasan tanpa wayar, tanpa wayar berbalik, dan juga Samsung DEX.

Untuk bateri, Samsung memuatkan sebanyak 4,500mah kapasiti di dalam Galaxy S20 FE. Harga dikatakan adalah bermula €700 (~RM3,422) serta bakal hadir dengan 6 pilihan warna.



Samsung sebelum ini telah mengumumkan jadual acara khas untuk Galaxy S20 FE ini pada 23 September nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=_7zcUGj3Ir0

Jika anda berminat dengan telefon ini, boleh nantikan pengenalannya pada tarikh berkenaan.