Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
s21 ultra

Ini Skor DxOMark Bagi Samsung Galaxy S21 Ultra, Tidak Seperti Yang Dijangka

Diterbitkan Mac 2, 2021 ยท Dikemas kini Mac 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku terhadap model keluaran terbaru daripada Samsung iaitu Galaxy S21 Ultra.

Bagi peminat fotografi, ada sebilangan yang menjadikan DxOMark sebagai penanda aras untuk memiliki telefon pintar yang hadir dengan kamera baik.

Baru-baru ini, DxOMark telah mengeluarkan hasil ujian kamera bagi Galaxy S21 Ultra dan sangat mengejutkan kerana ia tidak seperti yang dijangka.

Skor yang diberi DxOMark pada Galaxy S21 Ultra adalah lebih rendah berbanding Galaxy S20 Ultra.

Secara terperinci, Galaxy S21 Ultra memperoleh skor fotografi 128, zum 76 dan video 98. Secara keselurahannya adalah 121.

s21 ultra dxomark

Sementara Galaxy S20 Ultra memiliki skor fotografi 128, zum 88 dan video 106 serta 126 untuk skor keseluruhan.

Menurut DxOMark, kualiti bagi dua modul telefoto pada S21 Ultra tidak mencapai tahap yang diperlukan walaupun kualiti ultra-lebar dan zum masih baik.

Selain itu, skor video bagi S21 Ultra adalah sama dengan Pixel 4a akan tetapi kekurangan telefon Galaxy ini terletak pada penstabilan rakaman video terutama untuk resolusi 4K/60FPS.

Walau bagaimanapun, adakah anda mementingkan skor dari DxOMark ini? Berdasarkan video perbandingan yang kami buat, ramai yang masih berpuas hati dengan kualiti yang ada pada Galaxy S21 Ultra.

Sumber: DxOMark via gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY